Meraikan kebarangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

31 Jan 2024 – Sekolah Pendidikan dan warga Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUJISI) telah dijemput untuk hadir meraikan kebarangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor di Laman Mahkota Istana Bukit Serene. Sultan Johor Sultan Ibrahim akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, hari ini, bagi tempoh lima tahun. Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.

Seawal jam 6.15 pagi seramai 80 staf telah berkumpul di KUIJSI dengan menaiki dua buah bas menuju ke persimpangan Maxis di Danga Bay yang terletak berhampiran Laman Mahkota Istana Bukit Serene.